Sunday, October 24, 2010







Site Map menerangkan tentang Navigation yang terdapat dalam web Classical Music Coffee Shop ini. Antaranya adalah Home, About us, Information, Product, dan Contact us. Kesemua Layer Navigation ini mempunyai fungsi dari segi penyampaian maklumat yang berbeza.




Seterusnya ialah melakar Laman web dalam bentuk interface.Lakaran dibuat dalam adobe illustrator dan Photoshop.Selepas itu, ia akan dibuat dalam Adobe Dreamweaver untuk menghasilkan Laman web.
Pengenalan: Web design ialah kemahiran dalam mencipta atau mempersembahkan isi kandungan sesebuah maklumat yang kebiasaannya berbentuk hypertext dan hypermedia. Kemudiannya dihantar kepada pengguna melalui World Wide Web . Diagihkan melalui Web Browser seperti internet explorer , Mozilla Firefox, Google, Safari, dan sebagainya. Malahan, ia juga dihantar melalui televisyen, blog, , dan pembaca RSS. WEb design bertujuan untuk mereka laman web. Ia merupakan satu koleksi dokumen elektronik yang dimasukkan di dalam server. Web ini bersifat interaktif iaitu boleh diolah mengikut kehendak pengguna. ELEMEN-ELEMEN yang terdapat di dalam laman web kebiasaannya berbentuk gambar, teks, dan grafik.ia ditempatkan menggunakan HTML/ XTML/ XML. Bahkan, unsur-unsur grafik, video, bunyi, juga dimuatkan.

Proses-proses web " Classical Music Coffee Shop"

Pengumpulan maklumat- Membuat kajian tentang kehendak pengguna. Melaluinya, maka content untuk web ini dapat dibuat.Dari segi interface dan maklumat didalamnya bergantung kepada kompeni cafe untuk mempromosikan kedai mereka.Segala service, maklumat kedai dimuatkan dalam web tersebut.

Perancangan- Maklumat yang diperoleh akan dirangka. Diagihkan kepada 5 bahagian iaitu Home, About us, Information, Product, dan Contact us. Semua maklumat ini merupakan pembahagian kepada maklumat dan ciri-ciri kedai Musical Cafe.

Sunday, September 19, 2010

Thursday, August 19, 2010

Susunan untuk interface hadapan web yang saya buat. Item yang terkandung disana termasuklah logo, butang navigasi, teks, gambar, dan video jika perlu. Bahagian bawah sekali merupakan footer.
Logo sangat penting dalam rekaan laman web.Logo Kuching Festival lebi mengutamakan penggunaan tipografi sebagai logo.Jenis tulisan yang digunakan adalah Serif.Selain itu, penggunaan kesan khas juga penting untuk menampakkan logo agar lebih menonjol. Secara keseluruhan, Logo Kuching Festival yang saya reka ini menggunakan warna hitam( 000000) sebagai warna asas logo.

Saturday, April 10, 2010




speed 13 Apeture 5 ISO 400.Gambar ikan tilapia goreng.Posisi ikan ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai bahan fotografi.hiasan diatas badan ikan tersebut sangat cantik dengan hiasan mayonis dan carrot serta kubis.Tujuan mengambil gambar ini juga ialah seolah-olah kita mempromosi makanan kepada pelanggan.Apabial makanan itu nampak sedap, maka pelanggan akan meminatinya.

Speed 1/15 Apeture 4.5 Mengandungi ayam dan telur.Gambar ini juga diambil secara deep of field.Gambar ini dirotatekan sedikit supaya ia tidak nampak bosan.
Speed 14 Apeture 4.4 ISO 400.Gambar ini diambil ketika dinner di Hotel Harbour View.Bahan-bahan makanan ini ialah ketam
,ayam,timun,sambal,sotong,dan sayur-sayuran.Gambar ini diambil secara deep of field.
Speed 2000 Apeture 4.5 ISO-800.Gambar buah ini diambil secara deep of field.Kesannya, Backgroundnya akan nampak blur manakala buah epal dan anggur nampak jelas.Kesannya,mata penonton akan tertumpu kepada buah tersebut.

Speed1/500 Apeture 1/10 ISO 800.Gambar epal dan anggur ini diambil secara dekat iaitu close up.Bentuk dan shadow akan nampak dengan lebih jelas.Gabungan kedua-dua jenis buah ini membuatkan gambar ini lebih menarik.

Speed 1/160 Apeture 4.5 Iso 100.Gambar fokus kepada glass di hadapan.Apa yang unik tentang glass dihadapan ialah ia berisi air yang membuatkan warnanya lebih menarik.Penggunaan Flash pada kamera memberi impak supaya bayang-bayang jurugambar tidak terpancar di hadapan glass.

Speed 1/100 Apeture 1/4.5 ISO-100.Gambar ini diambil dengan lebih dekat.Maka,bentuk glass akan jelas kelihatan manakala gelas di belakang nampak blur kerana kamera lens fokus kepada gelas di hadapan(deep of field).Glass belakang nampak seperti simetrycal balance.

Speed 1/125 apeture f5 ISO 100.Gambar glass ini diambil bertujuan untuk mengukur ketepatan background dengan glass tersebut.Background haruslah kelihatan lebih cerah agar bentuk glass dapat dilihat.Glass di dalam gambar disebelah disusun mengikut perspektif.

Thursday, April 8, 2010



Ini merupakan sungai yang terdapat di Annah Rais.Sungai ini berbatu dan cetek tetapi airnya sangat deras.Pemandangan dikawasan ini sangat mempesonakan.

Ini juga merupakan salah sebuah rumah du Kampung Annah Rais.Anda boleh nampak kemodenan dalam rekaan rumah ini.Ia sudaha menampakkan ciri-ciri kemodenan.

Masyarakat Bidayuh mempunyai pelbagai bentuk rumah.Ini merupakan salah sebuah rumah yang terdapat di Annah Rais.Walaupun terdapat rumah yang telah dimodenkan pembinaannya dengan menggunakan konkrit,tetapi elemen-elemen seperti corak pada tiang,papan dan atap masih digunakan dan diaplikasikan dalam pembinaan menggunakan konkrit.Rumahnya sangat banyak sekali dan berkelompok di satu tempat dan terdapat ruai untuk laluan berjalan dan menjemur padi.

Ini merupakan seorang warga emas di Annah Rais.Walaupun sudah berumur 85 tahun, tetapi beliau masih sihat.Hal ini menunjukkan masyarakat annah Rais atau masyarakat kampung scara amnya mengamalkan gaya hidup sihat.Selain beliau banyak lagi warga emas terdapat di kampung Annah Rais.

Masyarakat Annah Rais Ialah kaum Bidayuh.Mereka kaya dengan budaya dan adat resam.Gambar mennnjukkan seorang nenek sedang menganyam raga.Bahan-bahan biasanya diambil dari hutan untuk menghasilkan raga.Kebiasaannya,pembuatan raga mengambil masa 1 hingga 2 hari jika dilakukan secara berterusan.Budaya masyarakat Bidayuh sememangnya tidak jauh bezanya dengan masyarakat Iban.Cuma, penempatan Bidayuh Biasanya tertumpu di kawasan bukit,manakala Iban di tepi-tepi sungai.

Thursday, March 18, 2010


Apeture F/13
Speed 1/200 ISO-800
Posisi ini pula diambil dari tepi menunjukkan bentuk badan dari tepi.Melalui posisi ini perspektif badan dapat dilihat.manakala penekanan tentang shape juga penting, ia dapat dironjolkan melalui bahagian gelap yang terdapat di bahagian kanan manakala cerah di bahagian kiri.

Apeture F/16
Speed 1/200 ISO-800
Model melakukan aksi hendak memulakan perlumbaan.Gambar diambil dari hadapan tertumpu kepada bahagian depan badan.Melalui posisi ini,bentuk badan akan dapat dilihat dengan adanya shadow.Cahaya tertumpu kepada bahagian kiri agar shape dapat dibentuk.

Apeture F/16
Speed 1/200 ISO-800
Model bernama Adrian merupakan ahli sukan lumba(pecut).Dia diambil kerana mempunyai bentuk badan yang seakan-akan model(sasa).Aksi ini menunjukkan badannya melengkung agar posisi yang sesuai dapat diperolehi.Pakaian yang dipilih sesuai dengan imej seorang ahli sukan.Disamping itu, model kami juga mempunyai kelebihan dari segi lain iaitu mempunyai tatu(Bungai Terung) didepan.

Tuesday, February 23, 2010


Bagi saya, imej foto ini yang paling menarik kerana kenderaan yang bergerak seolah-olah mainan.Imej tersebut dirotatekan agar ia selari dengan pergerakan kenderaan dan kesesuaiannya dengan fokus foto.Adobe photoshop amat penting untuk mengedit semua gambar ini.

Foto ini memfokuskan kepada kenderaan sebagai subjek fokus kajian.Kenderaan akan berupa mainan.Kawasan tangkapan gambar yang tinggi membolehkan fokus gambar nampak kecil berbanding kawasan rendah.Setting yang betul akan membolehkan pencahayaan dan 'pixelated' nampak seimbang.Garisan fokus kajian akan nampak selari sekiranya diperhatikan.

Gambar ini diambil dari ketinggian lebih kurang 8 tingkat yang terletak di bandar Kuching.Penggunaan rumah sebagai fokus dan dijadikan sebagai model.Bahagian tengah difokuskan manakala bahagian tepi diblurkan.Rumah tersebut akan nampak seperti mainan. Teknik ini dipanggil sebagai teknik tilt shift iaitu di mana menggunakan photoshop sebagai bahan untuk menjadikannya seakan-akan model mainan.

Tuesday, February 9, 2010


Speed:1.3 Apeture:f 5.6 ISO:400
Bentuk aprture mempunyai pengaruh
yang besar di dalam kualiti subjektif image
bokeh

Speed:1/5 Apeture:f 5.6 ISO:1600
Bokeh images diambil untuk mengetahui
estetik kualiti blur.